Jumaat, 22 Januari 2016

Kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka

PENGENALAN


Assalamualaikum, Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia ..
Tujuan blog ini dibuat adalah untuk memenuhi tugas yang diberi oleh pensyarah Pengajian Malaysia kami iaitu Pn. Raihan Bt Ahmad.Dalam setiap kumpulan, kami diberi tajuk dan diminta untuk menulis blog berkaitan tajuk tersebut.Tajuk blog ini ialah KEJATUHAN KESULTANAN MELAYU MELAKA di Tanah Melayu.


Ahli untuk blog ini terdiri daripada tiga orang ahli iaitu Nor Izzaty Bt Mohd Hizam 16DAT15F2005,Shazulaika Banu Bt Shahoobar Ali 16DAT15F2006 dan Siti Norshahiera Bt Roslee 16DAT15F2019

Akhir kalam, di harap pengisian blog ini dapat memberi sedikit ilmu pengetahuan kepada semua pembaca blog kami tentang tajuk KEJATUHAN KESULTANAN MELAYU MELAKA di Tanah Melayu. Selain itu kami berharap ilmu ini bermanfaat untuk semua. Sekiranya terdapat sebarang kesalahan pengisian maklumat tentang tajuk ini, boleh lah berkongsi ilmu dan menegur kesilapan kami bertiga.Kami sedia menerima teguran  dan mengambil sebagai pengajaran.Sekian, terima kasih.

               Video 1: Kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka

Kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka

          Sultan Mahmud Shah mewarisi Melaka yang telah mencapai kemuncak kuasa dan merupakan pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara. Bendahara Tun Perak, pencipta keunggulan Melaka, telah tua. Begitu juga dengan Laksamana Hang Tuah. Pemerintahan Sultan Mahmud Shah juga menpunyai rancangan jahat dan pilih kasih. Beliau bukan seorang raja yang cekap, akan tetapi beliau juga seorang mangsa keadaan. Ayahandanya (Sultan Alaudin Riayat Shah)mangkat pada usia yang masih muda. Oleh itu baginda menaiki takhta ketika masih kanak-kanak. Pada tahun 1509, Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di Asia Tenggara. Orang Portugis membuat kacau di Melaka seperti mengusik gadis-gadis dan mencuri, disamping perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah kemudiannya mengarahkan supaya orang-orang Portugis dihalau dari Melaka. Angkatan Portugis diserang dan 20 anak kapalnya ditahan. Pada 10 Ogos 1511, sebuah armada laut Portugis yang besar dari India diketuai oleh Alfonso de Albuquerque kembali ke Melaka. Albuquerque membuat beberapa permintaan membina markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh Sultan Mahmud Shah. Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos. Sultan Mahmud Shah terpaksa melarikan diri ke Pahang di pantai timur di mana beliau gagal dalam percubaannya mendapat pertolongan daripada negera China.



                                           Gambar 1 
Faktor Dalaman 

Kelemahan pemerintah Melaka
Sultan Mahmud Syah digambarkan sebagai seorang pemerintah yang sering diabaikan doktrin keadilan dalam pemerintahannya.

-Kelemahan sistem pertahanan
ketiadaan pahlawan terbilang seperti Hang Tuah dan Tun Hamzah telah melemahkan lagi aspek pertahanan kerajaan

                         Gambar Portugis menyerang Melaka

-Kurangnya perpaduan rakyat Melaka
pembesar dan rakyat hidup berpuak-puak,misalnya wujud puak tua(kumpulan Sultan Mahmud)dan puak muda(kumpulan Sultan Ahmad)yang tidak sefahaman
demikian juga wujud pertelingkahan antara kaum india-muslim dengan kaum melayu.



-Sikap pembesar
pembesar beesikap tidak adil seperti megenakan cukai yang berlebihan kepada pendagang-pendagang
hal ini menyebabkan pendagang-pendagang menjadi marah dan mula mencari pelabuhan-pelabuhan lain seperti Aceh,Bentan,Pattani dan Brunei untuk menjalankan kegiatan pendagangan mereka.

-Pegangan agama yang lemah
berlaku perkara seperti kezaliman,ketidakadilan dan penindasan terhadap masyarakat.
kegiatan rasuah dalam kalangan juga berleluasa


Faktor Luaran

-Penemuan Tanjung Pengharapan
aktiviti penjelajahan oleh masyarakat Eropah ke Timur dengan penemuan Tanjung Pengharapan pada tahun 1488 menyebabkan kuasa-kuasa barat mula berminat dengan tapak-tapak pendagangan di timur.
Keinginan Portugis untuk menguasai pelabuhan Melaka atas faktor memonopoli dagangan rempah,menyekat penguasaan dagagan pedagang-pedagang islam dan menyebarkan agama kristian

-Terdapat pengkhianatan dalam kalangan pembesar seperti Utimutiraja,seorang pemimpin Jawa yang membelot dengan membawa askarnya bagi pihak Portugis.
-Perisikan dan intipan yang dilakukan oleh pihak Portugis sehingga pelan pertahanan Kota Melaka dapat disalur keluar


-Portugis menyerang Melaka pada tahun 1509 dan 1511.
Melaka menang pada serangan pertama,namun gagal mempertahankan kotanya pada serangan kedua.
seranagan Portugis pada 24 julai 1511 diketuai Alfonso de Albuquerque bersama angkatannya(yang terdiri daripada 19 buah kapal perang dan 1400 orang tentera)telah berjaya menundukkan Melaka.



Pengajaran

1.Elakkan sikap berpuak-puak dalam menjalankan pentadbiran negara serta fitnah melampau seperti zaman kesultanan melayu Melaka yang menjerumus kepada kejatuhan sesebuah kerajaan.
-pepecahan dikalangan pembesar Melaka
-belaku perebutan pengaruh antara pembesar.

2.Rakyat hendaklah membentuk perpaduan antara kaum dalam membangunkan ekonomi negara yang pelbagai

3.kita perlulah memanfaatkan sumber negara dengan baik yang terancang.

4.Janganlah berlaku sebarang perbalahan politik didalam sesebuah negara kerana ia akan meruntuhkan sesebuah institusi.
-wujud konflik perebutan pengaruh antara Laksamana Khoja Hassan dengan Tun Mutahir.
-kejadian Raja Mendeliar yang menfitnah Tun Mutahir cuba mengatasi kekayaan Sultan Mahmud Syah.

5.Kita hendaklah mencontohi sikap kepimpinan para pemimpin Melaka seperti Sultan Muzaffar Shah,Tun Perak dan Bendara Tun Ali dan banyak lagi untuk mencapai kejayaan sesebuah negara.

6.kita hendaklah sentiasa berhati-hati dalam menjalinkan hubungan dengan kerajaan luar yang mempunyai niat jahat terhadap negara kita.